Friday 17 June 2016

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016

[Sumber: www.lyssasecret.com]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bila mata bertentang mata, hatiku jatuh bergolek-golek...

Ni nak habaq mai... ceq dah jatuh cinta kat shopping online terfemes abad ini, Nile.com.my. Nile bukan sebarang Nile tau. Selama ni, memang Nile pilihan nombor satu saya kalau nak shopping sebab service nya yang amat tip top. Nak pilih senang, nak beli senang, response cepat, barang of cos sampai cepat. Memang terbaik!!

So ni nak habaq mai, Nile buat give away sempena raya ni. Jom kita join ramai-ramai. Kalau nak join tu senang saja, boleh refer kat SINI.

Nak cerita juga, sempena raya ni pihak Nile mengadakan promosi besar-besaran. Harga memang runtuh kedeboom!! Rugi kalau tak grab ni. Siap dapat Free Delivery lagi kalau purchase minimum RM48. Wah... wah... apa tunggu lagi!


Sebenarnya promosi Jualan Raya Meletop ni dah pun bermula 16 Jun 2016. So maknanya saya dah grab satu barang. Apa dia tu? Nak tau.... ha nilah dia pilihan pertama saya. Dah sold out? Yes, of cos! Sebab yang ni hanya untuk 16 Jun. Superb woo!!

16/6/2016


Product: "Crocodile Stripe 6-in-1 Women Bag"
JLM2016 Sales price: RM37.30
Date: 16/06/2016
Time Start: 11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 400 units only (Sold out)

Pilihan kedua saya sudah tentulah hari ni punya jualan. Kejap jer lagi tepat 2pm.


ProductPortable Car Vacumn
JLM2016 Sales price: RM8.50
Date: 17/06/2016
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 200 units only

Pilihan ketiga? Super duper gojes and ekslusif handbag ni...


ProductFashion 6-in-1 Women Bag
JLM2016 Sales price: RM42.90
Date: 20/06/2016
Time Start: 11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only

Pilihan ke 4? Kena beli gak la kat Mr D....


ProductMen Shoes
JLM2016 Sales price: RM12.90
Date: 22/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 460 units only

Yang ni pun nak beli sebab Stylish awak!!


ProductStylish Men Sport Pants - Black
JLM2016 Sales price: RM14.90
Date: 24/06/2016
Time Start:4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 400 units only

So nak tunggu lagi ke? Tolonglah jangan..........


Adios!

Writer's Block?

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

:(



Adios!

Friday 10 June 2016

Salam Ramadan 1437H

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

SALAM RAMADAN AL MUBARAK
1437H


Hari ini dah 5 Ramadan kan, baru berkesempatan nak ucap Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa kepada pengunjung-pengunjung setia blog Daripada Pembaca Menjadi Penulis dan juga kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri saya.

Semoga kedatangan Ramadan kali ini membawa seribu rahmat buat kita semua.

Di kesempatan ini juga saya memohon jutaan kemaafan seandainya ada di antara entri-entri saya menyinggung mana-mana pihak. Segala kekurangan itu datangnya dari diri saya... jadi maafkanlah saya ya.

Semoga ukhwah yang terjalin antara kita semua diberkati-Nya.

InsyaAllah.

Salam Ramadan!

Thursday 9 June 2016

Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin

[Sumber: www.azlindaalin.com]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bersempena dengan bulan Jun 2016 yang merupakan ulang tahun perkahwinan ke-4 mummy, bulan Ramadhan Al Mubarak,  dan kelahiran putera sulung mummy, Dzal Aidi Fiqry yang kedua tahun. Mummy berbesar hati untuk menjayakan satu Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin khas untuk pembaca blog mummy www.azlindaalin.com . Mummy tak buat syarat berat untuk Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin. 



GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN 



Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin


SYARAT WAJIB UNTUK GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN

Syarat-syarat Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin kali ini mudah je. 

1. Buat satu entri blog yang bertajuk Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin

2. Hanya like dan follow

Facebook : Rina Salleh Clothing
Instagram : Rina Salleh Clothing
Facebook : beautysweet2u
Instagram : beautysweetglobal

3. Jangan lupa, tinggalkan komen link entri blog di ruangan komen entri INI


SYARAT-SYARAT LAIN UNTUK MINI GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN :-

Syarat- syarat tak wajib follow dan like. Tapi, kalau nak follow dan like pun boleh. sangat di alu-alukan.

Follow blog azlindaalin,   Add To Circle Google+ Azlindaalin ,  Follow Instagram Azlinda Alin , Like Fanpage azlindaalin.com


Antara hadiah yang di tawarkan untuk Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin ini ialah :-


* 1 kotak BS Fibre dari Beauty Sweet + Kad Raya Azlinda Alin untuk 3 Pemenang

* Tudung Raya dari Rina Salleh Clothing + Kad Raya Azlinda Alin untuk 2 Pemenang

* Duit Raya RM10 + Kad Raya Azlinda Alin untuk 2 Pemenang

* Brooch Tudung / Butang Baju Melayu + Kad Raya untuk 2 Pemenang

Bloglists (untuk daily blog walking) + Kad Raya untuk 5 Pemenang


Tarikh Mula Giveaway : 
2 Jun 2016 (Anniversary / Ulang Tahun Perkahwinan)

Tarikh Tamat Giveaway :  
25 Jun 2016 11.59 malam (Hari Jadi Dzal Aidi Fiqry) 

Tarikh keputusan pemenang akan di umumkan pada : 
27 Jun 2016 (Isnin)


Terima kasih kerana sudi sertai Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin. Semoga berjaya ;)

Senarai peserta di SINI

;


Adios!

Thursday 2 June 2016

Snow Cheese Meleleh

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Cake Lover?

Ha ni nak cerita ni... inilah Snow Cheese Meleleh cake yang paling sedap di alam semesta. Snow Cheese ni hasil air tangan Yussuhaida Yusoff yang glamer dengan kek-kek premium yang ternyata sedap tak tau nak habaq. Sekali try pasti mencari lagi! Snow Cheese Meleleh ni ada dua perasa iaitu vanila dan pandan. Kali ini saya tempah yang pandan punya.


Kalau ada sesiapa nak order boleh hubungi facebook Yussuhaida Yusoff. Ada banyak lagi kek yang boleh ditempah untuk apa sahaja majlis. Nak dua tiga layer pun boleh. Nak deco macam mana pun boleh. Habaq jer kat dia. Mesti tak menyesal punya la!

Okay, selamat order kek.

Adios!

Wednesday 1 June 2016

Ronda-Ronda Sunway Putra Mall KL

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

JOM PI RONDA!!

Saya kalau bab jalan-jalan, ronda-ronda cuci mata, window shopping... saya memang suka. Tak payah ajak ramai-ramai... sorang-sorang pun jadik. Heheh...

Kali ini saya nak pi ronda kat Sunway Putra Mall sat. Nak tengok apa yang ada kat sana. Sunway Putra Mall ni terletak kat Jalan Putra Kuala Lumpur, berhadapan dengan PWTC saja. Shopping Mall yang connected dengan Sunway Putra Hotel dan Stesyen Putra LRT.

Dah nama pun shopping mall kan, so macam-macam la ada kat sini. Macam-macam brand ada, semua shop pun saya masuk belek. Sebenarnya, saya kalau pi tempat-tempat macam ni, saya suka cari something yang 'rare'. Jom kita tengok apa yang menarik minat saya kat sini.

KAISON

Aha, mata saya dah terpandangkan Kaison. Terujanya saya!! Saya ni kira minat giler la dengan interior design. Tambah-tambah lagi kalau english cottage ni. So kat sini boleh jumpa macam-macam perhiasan rumah yang best-best, barang-barang yang sempoi gitu. Ada banyak yang saya suka tapi boleh tengok sajalah. Tak beli pun sebab susah nak bawa balik. Tapi takpe, lain kali kita mai borong. No problemo lah!!




Tapi kalau tak beli apa kira cam tak best pula kan. So saya beli barang-barang yang kecil sajalah yang senang nak bawa balik. Selamat dah hias kat mini library saya, D' Rauna Gallery tu. Ha nampak tak saya beli apa..? Ha betul la tu...yang tu la... ekeke...


CAPTAIN AMERICA CIVIL WAR

Kebetulan hari tu ada show sempena filem Captain America Civil War. Ada banyak replika watak-watak terkenal filem tu. Cam best pulak... so saya stop sat kat situ cuci-cuci mata. Budak-budak suka la sebab boleh bergambar dengan Batman Superman semua... macam-macam aksi dan gaya. Memang menghiburkan! Eh, eh! Yang hujung tu muka cam Shah Rukh Khan la. Hahah~





Pastu ronda-ronda lagi kat atas sampai lah jumpa area ala-ala Street Market ni. Yang ni memang saya suka sangat. Ini baru rare!! Terjumpa pula kedai buat plate... terus jatuh hati. Nanti memang nak buat gak plate ni untuk D' Rauna Gallery. Nanti-nanti la... renovate rumah dulu. :)



Jomlah balik dulu. Hari dah lewat... lewat-lewat nanti bahaya pulak sorang-sorang. Kan. Lain kali ada masa kita mai lagi.

Adios!

Bloglist Jun-Ogos 2016 Blog Cinta Itu Indah

[Sumber:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


KLIK BANNER UNTUK JOIN :)

Adios!