Tuesday 5 April 2016

Movie Day Out: Kungfu Panda 3

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Movie Day Out kembali lagi. MDO kali ni saya pergi menonton filem Kungfu Panda 3 kat MBO Cinema Landmark Kulim. Alkisahnya nak menonton filem Boboiboy tapi bila dah sampai sana kita undi dulu, ramai yang nak tengok Kungfu Panda 3 so kita tengok cita ni lah! Sebenarnya saya pun nak tengok cita ni. Hahah~


Filem Kungfu Panda 3 ni release pada 10 March 2016 yang lalu. Release time cuti sekolah memang cantik sangat la. Kebetulan we all pi hari Sabtu so memang penuh panggung dengan kiddos. Bagus-bagus... thumbs up untuk mama-mama gojes yang rajin layan kiddos tengok movie. Kiddos happy mama gojes pun happy. Kan...

Filem yang bergenre Pengembaraan/Aksi/Komedi ini dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Jack Black, Dustin Hoffman, David Cross, James Hong, Seth Rogen & Angelina Jolie pun ada. Filem ini mengisahkan tentang Po (Panda) yang bertemu dengan bapa kandungnya. Lepas jumpa bapa kandungnya tu, dia pun ikut bapa kandungnya tu balik bertemu keluarga panda-panda yang lain. Dan yang kelakarnya pertemuan ini menyebabkan bapa angkat Po iaitu Ping berasa cemburu. Dalam diam-diam dia pun ikut Po balik.

Sebagai Dragon Warrior, Po ni sebenarnya dalam usaha untuk mendalami jurus baru untuk mengalahkan Kai yang nak balas dendam atas kematiannya. Walaupun Po ni banyak main-main tapi dah konsep cerita mesti happy ending kan. So dah tentulah Po menang. Kira perjalanan nak menuju kemenangan tu memang best dan kelakar sangat. Memang ketawa semua orang bersatulah. Gamat dibuatnya.

Memang tak rugi sangat tengok cita ni. Po yang comey sangat rasa macam nak peluk-peluk. Eh, eh!! Opss... tak leh peluk kita bergambar jer lah!!




Adios!

No comments:

Post a Comment