Tuesday 9 February 2016

Movie Day Out - Dilwale

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi & Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Demam Dilwale... masih adakah lagi yang demam..? Hari tu ramai sangat yang demam tu yang tak sempat nak update tu. Okay, tipu. Tak demam pun cuma dek kerana minat sangat dengan Shah Rukh Khan dan Kajol sebab tu saya pun tertunggu-tunggu juga filem ni.

 

Dilwale mula ditayangkan pada 18 Disember 2015. Kat Malaysia ni biasalah kan, hanya tempat-tempat tertentu jer yang tayang. Tambah-tambah lagi kat Kulim ni memang tak adalah. Yang paling dekat kat Queensbay Mall Penang atau pun kat Village Mall Sungai Petani. So lebih baik pi terjah Queensbay, boleh shopping sekali. Hahah~

Dilwale adalah sebuah filem komedi Bollywood yang dibintangi oleh pasangan ideal Bollywood iaitu Shah Rukh Khan dan Kajol. Ia berkisar tentang Raj dan Meera yang keduanya saling mencintai antara satu sama lain. Namun takdir masa lalu mereka menyebabkan mereka harus berpisah. Pertemuan semula mereka membangkitkan kembali rasa cinta namun sampai ke akhir tak tau nak kata sama ada mereka kawen ke idok. Hahahah...

Bagi saya, cerita ni dari segi mesej dia biasa-biasa saja. Memang ada tema percintaan dan kekeluargaan tapi plotnya kurang mantap. Mungkin sebab saya ni pencinta filem-filem hindi, jadi saya dah terbiasa dengan adegan air mata. Bila tengok filem ni baru nak feeling sikit dah keluar adegan hampeh. Huh tak jadi nak feeling. Apalah!!

Tapi memang betul, lagu dia memang best. Dan berhantu la kot sebab semua orang pun sibuk nak nyanyi. Saya pun dok dengar juga, tambah-tambah lagi tiap-tiap pagi nak pi kerja Hotfm asyik pasang lagu Gerua dan Janam Janam saja. Memang layan lah... melodinya memang mendayu-dayu.


Kredit untuk filem ini saya bagi kat latar belakang tempat masa shooting untuk lagu Gerua. Memang cantik gila baq hang. Patutlah menelan kos yang paling tinggi kat Bollywood. Bukan tu saja, Kajol nampak cantik sangat dalam filem ni. Baju-baju dia pun cantik. Shah Rukh Khan tok sah crita lah... memang hensem dari kecik kot! Ngeh ngeh...

Dah, dah... cukup dulu la. Cerita pun dah basi.... tapi gambar tak basi yea. Layannn!


Adios!

No comments:

Post a Comment