Wednesday 2 December 2015

Separuh Akhir 1 TM Piala Malaysia 2015

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Malam ni bola weyy!!


Okay, JDT telah tewas. Fokus seterusnya semestinyalah pada skuad Hijau Kuning. Perlawanan malam ini amat penting untuk Lang Merah. Kalau diimbas kembali aksi Suku Akhir, para pemain telah mempamerkan mutu permainan yang amat menarik dan kemas. Jadi harapan agar momentum ini akan berterusan untuk aksi pada malam ini.

Sedihnya, kelibat Baddrol Bakhtiar tidak akan kelihatan di atas padang pada malam ini kerana beliau telah digantung satu perlawanan gara-gara mendapat 2 kad kuning di peringkat kalah mati. Namun, semangatnya pasti telah dibawa oleh pemain-pemain lain ke atas padang. 

Jangan lupa, pemain paling berpengalaman Felda United, Indra Putra Mahyuddin juga turut digantung kerana 2 kad kuning. Christie Jayaseelan pula tidak dapat beraksi kerana kecederaan. So kita mengharapkan agar skuad Hijau Kuning dapat menggunakan peluang keemasan ini. 

Tumpuan sudah semestinyalah kepada calon Pemain Terbaik Bulan November, Mohd Syazwan Zainon. Harap-harap beliau mampu mempamerkan aksi-aksi cemerlang malam ini. Oh ya, jangan lupa kepada Chidi Edeh. Kontraknya telah pun dilanjutkan selama sebulan. Maksudnya, beliau akan terus mengamok pada malam ini dan juga Ahad nanti! Nantikan aksi-aksi menarik dan kejutan daripada beliau.

GO GO Skuad Hijau Kuning. Pastikan ada GOL di tempat lawan sebagai bekalan Separuh Akhir 2 di Stadium Darul Aman Ahad nanti.

Jangan lupa saksikan pertembungan menarik ini di TV9!

Adios!

No comments:

Post a Comment