Saturday 31 October 2015

Piala AFC 2015 - Good Luck JDT

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[AFC Cup 2015]




Bola Weyy Bola!

Okay, malam ni game final Piala AFC 2015. FC Istiklol akan bertemu dengan JDT di Stadium Central Republican. JDT pasukan terbaik Malaysia... pasukan yang amat saya suka... tapi saya sokong juga team Kedah yea... hehe...

By the way, untuk malam ni saya pasti satu pertarungan hebat dan sengit akan berlaku. Ayuh semua rakyat Malaysia, sama-sama kita saksikan game ni dan sama-sama beri sokongan yang padu buat Safiq Rahim and the gang.

Ayuh JDT! Ayuh Harimau Selatan! Ayuh mara Johor Darul Takzim! Luaskan kuasamu! Harumkan nama Malaysia!

Kami semua tetap di belakangmu!

Good Luck Southern Tigers!

Adios!

Misi Memburu Novel Sara Aisha [1] Pembuka Hati

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[1] Pembuka Hati


Ini novel pertama Sara Aisha yang menjadi koleksi rak putih mini library saya yang dipanggil D' Rauna Gallery. Saya beli novel ni masa PBAKL 2015 yang lalu. Novel ni merupakan sambungan daripada novel Jodoh Itu Milik Kita. Oleh sebab saya belum beli novel Jodoh Itu Milik Kita jadi saya hold dulu untuk baca novel ni. Kena baca ikut sekuel baru boleh feeling terlebih :)

Saya tahu novel Jodoh Itu Milik Kita dah diadaptasikan ke drama, tapi masalahnya saya tak tengok drama tu. Sebab rumah saya tak ada Astro. Jadi nak tak nak kena beli juga la. Nama pun Misi Memburu Novel Sara Aisha kan... jadi tak boleh culas... kena buru semua kan... Hehe..

Ini kenangan saya semasa beli novel Pembuka Hati. Pertama kali bertentang mata dengan Sara Aisha yang kecil molek dan ada iras-iras kawan saya.



Nak sinopsis novel ni? Nanti lepas habis baca saya akan review dan bagi sinopsis hokeeh. Okaylah, sekian dulu... kita jumpa lagi dalam Misi Memburu Novel Sara Aisha [2].

Adios!

Friday 30 October 2015

Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf 2015

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Yeay! Yeay! Jualan Gudang Karangkraf kembali lagi. Bermula hari ini, 30 Oktober 2015 hingga 8 November 2015 bertempat di perkarangan Kumpulan Media Karangkraf Seksyan 15 Shah Alam. Jom semua kita pakat-pakat serbu. Ada bermacam-macam diskaun yang menarik menanti anda semua. Memang berbaloi-baloi... Memang rugi tau siapa yang tak pergi.... 

Saya? Memang sedih sekali sebab saya tak dapat pergi kali ini. Masa tak begitu mengizinkan. Sebab tu saya nak war-warkan kat sini... sebab saya nak awak-awak semua pergi... cewahh!! Eh, betul la... awak-awak semua pergi tau... Bukan sahaja dapat beli buku, majalah dan novel dengan harga yang amat murah bahkan juga dapat bertemu dan beramah mesra dengan penulis-penulis kesayangan. Best kan.


Okay, kat sini saya nak berkongsi info tentang diskaun-diskaun yang menarik yang menanti anda pada Jualan Gudang Akhir Tahun kali ini. Jangan lupa sediakan senarai buku yang hendak dibeli berpandukan info-info ini. Nanti sampai sana boleh terus terjah sahaja. :)














Ini cuma sebahagian sahaja pakej diskaun yang sempat saya cari untuk anda semua. Untuk info lanjut bolehlah layari facebook Alaf21Buku PrimaKumpulan Media Karangkraf dan juga facebook penulis-penulis Grup Buku Karangkraf sebab kat sana ada banyak info yang diwar-warkan.

Enjoy yea dan selamat berbelanja.


Adios!

Thursday 29 October 2015

Drama Adaptasi Kau, Aku, Kita

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


KAU, AKU, KITA

Mulai 28 Oktober 2015
Rabu & Khamis
9pm Slot Lestari TV3

Barisan Pelakon:
Syarul Ridzwan - Aus
Janna Nick - Iman
Isey Fazlisham - Mus
Adeline Tsen - Dr Aireenie

Sape tengok Episod 1 drama adaptasi Kau, Aku, Kita? Okay, saya dah tengok semalam... memang best. Sebenarnya saya memang selalu follow update pasal drama ni melalui akaun FB Puan Sheila Rusly. Jadi memang tunggu sangat lah drama ni disiarkan.

Kalau nak diikutkan sebelum ni saya tak tahu drama ni adaptasi novel karya Orkid Edyliyne. Yang buatkan saya follow cerita pasal drama ni... sudah tentulah Puan Sheila Rusly punya pasal. Saya suka sangat drama yang ada kaitan dengan beliau atau Jinggo atau JS Pictures. Sebab setakat ni drama-drama beliau memang tak pernah mengecewakan.

Jadi, nampak gayanya lepas ni kena pi beli novel ni lah. Hasil karya yang baik harus dijadikan koleksi. Betul tak?!


SINOPSIS NOVEL KAU, AKU, KITA
Mengisahkan dua insan yang mempunyai nama yang sama namun berlainan jantina, Iman Firdaus. Mereka bertemu secara tidak disengajakan apabila berlaku peristiwa yang agak lucu di mana salah seorang dari mereka diserang mafia. Iman Firdaus atau Aus (Lelaki) melarikan diri dari mafia tersebut kerana menyangka mafia itu mengejar dirinya, padahal Mafia itu sedang mengejar Iman Firdaus atau Iman (perempuan) sambil menjerit ‘Iman Firdaus’.

Aus dipaksa untuk berkahwin dengan calon pilihan bapanya, namun Aus tidak mahu mengahwini perempuan pilihan bapanya itu dan Aus mendapat idea dimana beliau mahu Iman mengahwininya. Kehidupan Iman tidak seperti Firdaus, Iman seorang yatim piatu dan melalui kehidupan yang susah sedangkan pelajarannya pula entah ke mana.

Maka satu perjanjian perkahwinan telah dimeterai oleh mereka. Namun ia hanyalah perjanjian yang sekadar di mulut.

Menarik kan? Bagaimana kesudahan kisah dua Iman ini? Jangan lupa janji temu kita setiap Rabu dan Khamis di Slot Lestari TV3.

Selamat Menonton.

Adios!

Ena Mencari 10 Blogger Bertuah!

Teks: Masitah Samsudin
Foto: www.aeinnamusa.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



KLIK BANNER UNTUK JOIN

Adios!

Wednesday 28 October 2015

[2015] #1 MPSP Tower Run

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[16.8.2015]

[MPSP Tower Run]

Ini betul-betul backdated punya issue. Tapi tak apa, saya nak kongsi kat sini sebab senang nanti nak tunjuk kat anak cucu. Hahah~

Saya join Larian Menara MPSP 2015 dengan buddy saya la. Kalau tak ada kawan malas juga nak join. MPSP Tower Run ini bukan saja larian tapi Run & Climb... 7KM + 412 stairs. Kena panjat tangga tau menuju ke tingkat 16 Menara MPSP, Pulau Pinang.

Lari tu okay saja tapi bila sampai bab nak panjat tangga tu memang pancit. Buddy saya tu laju saja pi... tak tunggu saya pun....okey fine...hehe... Kira saya habiskan larian dan daki tangga tu dalam tempoh masa 1jam5minit. Biasa-biasa saja...

Yang penting dapat sijil dan Finisher Medal. Koleksi mahal tu...



Okay, esoknya kaki semua sudah sakit. Tapi tak apa sebab hanya 01Run/month yang dibernarkan. Jadi saya ada cukup masa untuk rehat. Kita jumpa lagi di larian seterusnya.

KEEP FIT!

Adios!

Tuesday 27 October 2015

Contest: Saya Nak Hadiah

Teks: Masitah Samsudin
Foto: ombakbergigis.blogspot.my

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Langit teramat mendung petang ni. Cuaca tak menentu sekarang tapi saya punya mood yang baik untuk join contest ni. Harap-harap dapat hadiah.... :)



KLIK BANNER UNTUK JOIN

Siapa yang belum join tu... jom join cepat. Ada masa lagi ni... Bukan saja dapat hadiah tapi dapat kenal kawan baru...


Jawapannya pastilah Ya. Mesti dapat lebih daripada 300... dalam 310 :)

Siapa tak nak hadiah kan:D Kalau boleh saya nak Bloglist atau Blog Review sebab saya masih mentah dalam dunia blogger:)


Adios!

Segmen Review Blog Oleh Ceritaejoy

Teks: Masitah Samsudin
Foto: ceritaejoy.blogspot.my

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jom kita join Segmen Review Blog Oleh Ceritaejoy...




KLIK BANNER UNTUK JOIN

Suka sangat tengok foto ni...

Simple tapi unik!!

Mungkin sebab dah jiwa penulis jadi tengok gambar pensel tu pun memang rasa ada jiwa ;)

Write a review!

Amalan Pembuka Rezeki

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebelum mulakan kerja apa kata kita amalkan amalan pembuka rezeki macam kat bawah ni. InsyaAllah.... semoga rezeki kita melimpah ruah...
Ameen......


Selamat Beramal :)