Wednesday 25 February 2015

Hameediyah Restaurant Penang

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ni nak habaq mai... kalau pi Penang jangan lupa pi pekena Nasi Beriani kat Restoran Hameediyah tu... Ceq baru pertama kali pi rasa (walaupun Penang tu jiran ceq ja... haha) Nak wat macamana kan...baru la ni berkesempatan nak pi makan.

Kat sini macam-macam ada... nasi beriani ada... nasi kandaq ada... murtabak pun ada. Tapi hari tu ceq pekena Nasi Beriani Ayam. Minta set so depa bagi sekali dengan kuah kari, acar dan dalca. Pastu kami tambah order kari kambing. Hah, memang terbaik la kari kambing dia. Sedap sehingga menjilat jari. Masa dia mai hantaq order tu, mak aii... besarnya pinggan... banyaknya... boleh habis ke ni. Tapi bila dah start makan... hmmm... memang sedap. Laju jer makan, tak sedar tengok-tengok dah habis.




Kalau nak cerita pasal ramai orang ke tak memang tak payah ceritalah... memang selalu penuh. Nak duduk pun kira kena tunggu orang lain bangun dulu la. Tapi kena ingat, kat sini self service tau... maknanya kita kena pi beratoq order apa kita nak. Pastu baru pi duduk. Depa cuma mai amik order air ja kat tempat duduk kita. Ingat tu!!

Walaupun ramai orang, macam sempit sikit tapi dah dapat makan memang tak pandang kiri kanan dah. So, memang tak terasa dah kiri kanan ada orang. Kerusi meja dia pun dah moden, dah cantik... dah tukar baru. Memang best la...

Jadi nak sarankan pada sesiapa yang plan nak pi bercuti ke Penang, silalah singgah makan kat Restoran Hameediyah. Sure anda kenyang sekenyang-kenyangnya. Ni alamat dia. Kalau rasa tak familiar ngan jalan-jalan kat Penang, guna waze jer. Sure tak sesat.


164, Lebuh Campbell, Georgetown 10200 Penang
04-26101095

Lepas makan tu, boleh sambung jalan-jalan + shopping kat Penang Road dan Bazar Chowrasta :)

Okey, sampai jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment