Thursday 25 September 2014

Nasi Dagang Kak Pah Kuala Terengganu

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Siapa pernah makan nasi dagang? Ha, kali ini saya nak bawa anda semua mencuba Nasi Dagang Kak Pah yang amat terkenal di Kuala Terengganu (KT). Nasi Dagang ni kira menu sarapan pagi yang amat istimewa yang mesti kita cuba jika menjejakkan kaki ke Terengganu. Minggu lepas saya dan kengkawan pergi ke KT atas urusan kerja, jadi sempatlah singgah makan nasi dagang.

Nasi Dagang Kak Pah ni terletak di Medan Selera Batu Buruk, KT, kira-kira hanya lima minit dari bandar. Cari jer gerai no 30 yang ramai orang tu. Saya pun kawan yang rekomenkan. Memang terkenal nasi dagang Kak Pah ni, katanya. So apa lagi, memang kena mai cuba la kan ;) Nak cari pun senang jer, guna Waze jer :P

Gerai No 30 Medan Selera Batu Buruk, KT
Gerai Kak Pah ni dibuka awal pagi sehingga pukul 10 atau 11pagi, bergantung kepada kelarisan nasi dagang tu. Kalau habis awal tutup awal la. Tapi selalunya memang habis sekitar jam 10pagi. Sebab tu kalau nak try Nasi Dagang Kak Pah ni kena mai awal, kalau lambat alamat melepaslah nak merasa. Kalau tinggal jauh macam saya ni, kira kempunanlah jawabnya ;)

Saya pun sampai dalam pukul 9.30pagi. Mak aiii... sekali tengok ramainya orang. Dua kali tengok... kena beratur panjang la pulak. So nak tak nak memang kena beraturlah. Nama pun sedap dan terkenal kan, jadi memang sentiasa penuhlah. Sampai sahaja giliran kitaorang, Kak Pah umumkan nasi dah habis. Siap kira lagi cukup untuk berapa orang jer yang beratur di belakang saya. Hah, nasib baik lagi! Jadi nak pesan kat sini, kalau rasa-rasa nak makan Nasi Dagang Kak Pah tolong datang sebelum pukul 10pagi yer... kalau lagi awal lagi selamat tau. Hehe...

Tolong beratur yer :)
Mak aii... ramainya orang..
Masa Kak Pah kata nasi dah habis tu, kesian gak tengok muka orang yang tak sempat tu. Ada yang pesan untuk bungkus pun, siap kena catu lagi. Kalau nak 4 bungkus, Kak Pah kasi dua jer. Huhuhu... kira ok la juga kan...

Oh, lupa nak habaq. Gerai Kak Pah ni cuma jual nasi dagang dan nasi lemak saja. Tak ada menu yang lain. Set nasi dagang tu siap dengan gulai ikan aya (ikan tongkol) dan acar timun. So kitaorang order 2-2 menu. Saja la nak try juga nasi lemak KT. Gulai ikan tongkol tu pula siap order extra. Siap habaq nak kepala ikan yer Kak Pah. Hehe...

Tara... inilah dia set Nasi Dagang kak Pah. Memang marbeles tak tau nak habaq. Gulai ikan tongkol dia memang lain dari yang lain. Tengok kaler pun dah tau... memang sedap tak terkata. Yang paling best, ikan tongkol tu dipotong besar-besar tau. Kira memang puaslah makan. Kata orang, cukup lauknya. Nasi pula jangan kata la... memang enak dan terasa lemak santannya. Acar timun pun sedap. Kira kombinasi yang amat baik, cukup dari segala segi. Cewahh, puji melambung ni ^_^




Kalau nak tahu, Nasi Dagang Kak Pah ni pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 tau. Bukan tu saja, pernah keluar artikel kat surat khabar lagi. Tak caya? Ha, click kat link di bawah ni.

http://www.hmetro.com.my/articles/NasidagangKakPah/Article

Nampak tak sign board JJCM tu.. kan..kan..kan...
Masuk paper tau...
Okey, dah habis makan sila bayar yer. Harga nasi dagang 1 set ialah RM4 sahaja. Memang murah kan, berbaloi-baloi. Lepas ni kalau turun KT lagi, memang tak kan lupa pekena Nasi Dagang Kak Pah lagi.

Terbaik!!

2 comments: